Tuesday, April 5, 2011

sesi luahan perasaan

Catatan peribadi Intan ~ Nur Azlina detik 11:22 PM



Alhamdulilla bila dapat meluahkan apa yang sepatutnya sampaikan tidak sedar hampir 2 jam masa berlalu.

Sekarang terpulang... apa yang sepatutnya telah disampaikan dan diluahkan walaupun tidak sepenuhnya.

Bebanan kerja makin berkurangan dan pada masa yang sama fasa kesibukan dapat dilepasi dengan baik. Walaupun ada liku-liku yang bisa membuat sukar bernafas. Sekarang adalah peluang untuk bernafas sedalam-dalamnya dan dihembuskan dengan penuh ketenangan.

Aku terus berusaha untuk melakukan yang terbaik serta mengharapkan ganjaran yang terbaik untuk diri sendiri.

Menginginkan percutian yang mendamaikan, entah bila dapat direalisasikan. Berangan pergi tempat yang indah, cantik dan mendamaikan serta dihidangkan dengan makanan yang begitu enak. Mencari ketenangan dalam kehidupan untuk menghilangkan tekanan dan keletihan dalam mengharungi kehidupan yang penuh liku.

Siapa yang tidak mahu bahagia kan? Bilakah akan menjelma atau perlu terus mencarinya tanpa jemu.

Tadi emak balik bawakan makanan kesukaan. Ada murtabak dan char kueh teow yang sedap dimakan panas-panas.




Sampai disini dulu, perlu berehat secukupnya.


 

my little dairy Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device