Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Catatan peribadi Intan ~ Nur Azlina detik 7:37 AM 1 Komentar



May the blessings of Allah
fill your life with happiness

And open all the doors of success
Now and always.


Selamat Hari Raya Aidilfitri



Monday, August 15, 2011

POKOK - Meet Uncle Hussain Ft. Hazama

Catatan peribadi Intan ~ Nur Azlina detik 7:51 AM 0 Komentar


Salam semua,

antara lagu dalam playlist sekarang ni.... meh tumpang sekaki layan lagu ni.




Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan

Catatan peribadi Intan ~ Nur Azlina detik 8:18 AM 0 Komentar






Buat semua saudara/saudari sesama Muslim, Selamat Berpuasa. Semoga Ramadhan ini membawa keberkatan di dunia dan akhirat, amin...

Mohon ampun dan maaf jika ada tersalah laku dan kata.


Friday, July 22, 2011

Sekadar renungan bersama....

Catatan peribadi Intan ~ Nur Azlina detik 1:48 AM 0 Komentar



Kita minta pada TUHAN SETANGKAI BUNGA SEGAR,
Diberi KAKTUS BERDURI,
Kita minta KUPU-KUPU,
Diberi ULAT BELUNCAS.

Rase SEDIH, KECEWA.

Namun kemudian kaktus itu berbunga,
INDAH sekali,
Dan ulat itu pun bertukar,
Menjadi kupu-kupu yang CANTIK.

Itulah JALAN TUHAN,INDAH PADA MASA YANG DI TETAPKAN.
DIA tidak memberi apa yg kita harapkn,
TAPI DIA BERI APA YG KITA PERLUKAN..

Kadang2 kita rasa sedih,kecewa, terluka tapi jauh di atas sana..
DIA SEDANG MENGATUR YANG TERBAIK UNTUK KITA SEMUA

Thursday, April 21, 2011

Profressional

Catatan peribadi Intan ~ Nur Azlina detik 3:41 PM 0 Komentar


tak agak-agak cakap....

attitude sendiri, macam @$#!%^&#(&%^&@&=. dasar degil kepala. dah la suka suki buat arahan. pelik la orang macam ni. memandai sendiri!!!


Wednesday, April 13, 2011

Puasa Sunat Hari Isnin dan Khamis

Catatan peribadi Intan ~ Nur Azlina detik 4:09 PM 0 Komentar


Dari Abu Hurairah r.a dia berkata:

Rasulullah SAW paling banyak berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. Lalu Baginda ditanya kenapa? Baginda menjawab : Sesungguhnya semua amal diangkat (ke langit) setiap hari Isnin dan Khamis. Maka Allah akan mengampunkan setiap Muslim atau setiap Mukmin kecuali dua orang yang sedang berbantah, maka Allah berkata : Tangguhkan keduanya." (riwayat Imam Ahmad).

Puasa tathowwu' (sunat) dibolehkan berbuka, khususnya jika ada penyebabnya seperti dijemput makan. Dari Abu Said al-Khudri r.a dia berkata: "Saya menyiapkan makanan untuk Rasulullah SAW, maka Baginda datang dengan beberapa sahabatnya. Ketika makanan dihidangkan salah seorang di antara mereka berkata: Sesungguhnya saya sedang berpuasa. Lalu Rasulullah berkata: Saudaramu telah menjemputmu dan telah bersusah payah untukmu. Kemudian Baginda bersabda: Berbukalah dan berpuasalah di hari lain sebagai gantinya jika kamu mahu". (riwayat Baihaqi).

Setiap ibadat dalam Islam ada rukunnya agar ibadat itu dapat tegak dan berjalan dengan benar.

Setiap amal ibadat, baik wajib mahupun yang sunat akan bernilai di mata Allah jika didasarkan dengan niat.


Sumber penulisan Utusan Malaysia.


P/S:

  • Dengan berpuasa akan mengajar kita menahan nafsu syahwat, makan dan sebagainya,
  • Ia jua dapat membantu mengawal kemarahan, mengawal lisan dan memelihara lidah agar tidak berkata yang buruk dan sebagainya,
  • Membantu untuk memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara yang tidak sepatutnya,
  • selain dari menahan lapar dan dahaga.
  • Jom ambil kesempatan untuk melakukan ibadat puasa sunat.



Tuesday, April 12, 2011

fuhh... boleh tahan penatnya

Catatan peribadi Intan ~ Nur Azlina detik 2:00 PM 0 Komentar



Hujung minggu yang diisi dengan pelbagai aktiviti, penat dibuatnya.

Balik dari kerja hari jumaat, malam tu terus ke KLCC. Nak tahu buat ape kat sana? Mengambil orang balik dari tengok Wonder Girl, Twin Towers @LIVE 2011 Kuala Lumpur. Sampai sana terus gi foodcourt cari makanan untuk perut ni.

Lepas tu ke Kinokuniya pula, ada kawan saya tu dapat bau kedai Kinokuniya pun dah puas hati. ahaksssss... tengok 2-3 majalah, kami turun bawah kira budget WG nak buat persembahan.

akhirnya WG keluar dan dalam kepala otak saya tengah fikir, bila lagu No Body akan keluar. Sebabnya bila mereka nyanyi lagu tu, dah kira akhir persembahan.




Saya dah penat, fikir nak balik tidur je. Ngam ngam habis je, terus sms kawan yang tengok konsert tu balik. Tak dapat la nak tunggu sampai akhir persembahan.

Memandang kawan tu kepenatan dan kelaparan, kami singgah makan dulu dekat kedai nasi beriani di Taman Equin. Dorang yang makan, aku fikir nak lelap mata dah masa tu...

Bangun seawal pagi sebab ada aktiviti dengan berbasikal dengan rakan sepejabat. checkpoint pertama di pejabat kemudian checkpoint kedua di Old Town White Coffee untuk bersarapan pagi. Saya tak suka tempat ni, cuma mengikut suara majoriti. Minum air kopi pun seteguk dua, pahit gila.




Checkpoint terakhir di Taman Botani, Putrajaya. Masa kami sampai, punya la ramai orang. Bila nak tempah basikal, dah habis diambil orang. Terpaksa menunggu dalam sejam dan apa yang kami buat, berjalan kaki keliling taman. Tepat 1 jam, terus ke tempat ambil basikal, menunggu 5-10 minit untuk orang pulangkan basikal.

Dapat je basikal, kami jelajah tempat ni. Sangat gembira bila dapat melakukan aktiviti mengeluarkan penuh sebegini. Kawasan yang nyaman, udara yang segar tapi cuaca sedikit panas sebab dah pukul 10 pagi. Sempat juga potretkan beberapa keping gambar sebagai kenangan ke sini.






Sampai rumah tengok Sarah ada lagi. Ingatkan minggu ni tak dapat jumpa dia. tengah dia tidur, mak long dia ni asyik kacau suruh bangun. lalalalalalal. Sarah hujung minggu lepas ikut abah dia gi PD, ada reunion sekolah Mahaad dengan UIA. Abah dia ni dari sekolah menengah sampai la ke UIA, kawan dia itu juga. Maklum la masuk UIA pun sama-sama.

Lepas dorang bergerak gi PD, ambil peluang tidur kejap. Sebab ape sekejap??? mak ayahh gi Jalan TAR, nak gi beli langsir. sudahnya terbabas tidur sampai maghrib. Pukul 8 lebih baru gerak gi sana.

Faham je la kalau dah lambat sampai, kedai semua dah tutup. Bengang sangat tau ngan adik sebab terhengeh-hengeh siap. Pastu siap boleh gelak akak dia ni dan cakap...


"Muncung mulut ko kak long boleh ikat reben"


Jadi operasi nak beli kain langsir tak tercapai disebabkan kelembapan adik saya itu. Jadinya jalan cuci mata kat Pasar Malam Jln TAR saja. Terbeli juga dua pasang wedge. Tapi kan malam tu tak ramai orang yang meniaga. Masa sampai pukul 9, banyak gerai nak tutup dah, orang pun tak ramai..

Penat tawaf pasar malam, kami pergi Kampung Baru untuk cari tempat pula. Adik rekomen makan kat satu kedai steak ni. Dorang cakap harga murah dan makanan pun ok. Jadinya jom la mencuba.

sangat sedih tau sampai mengantuk dibuatnya. Menunggu hampir sejam sebab punya ramai umat manusia masa tu. Mak dah stress siap ajak balik. hahahahahahahah... Yelah, dah la kain langsir tak dapat lepas tu makanan pula lambat sampai. Mau tak hangin dia. lalalalalalal... Saya? selamba je tidur kat meja tu, tak peduli orang tengok. Lagi pun tempatnya gelap benar cam makan candler light dinner yer... ahakss





Sampai rumah terus membungkang tidur Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....




bersambung lagi

 

my little dairy Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device