Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Catatan peribadi Intan ~ Nur Azlina detik 7:37 AM 1 Komentar



May the blessings of Allah
fill your life with happiness

And open all the doors of success
Now and always.


Selamat Hari Raya Aidilfitri



Monday, August 15, 2011

POKOK - Meet Uncle Hussain Ft. Hazama

Catatan peribadi Intan ~ Nur Azlina detik 7:51 AM 0 Komentar


Salam semua,

antara lagu dalam playlist sekarang ni.... meh tumpang sekaki layan lagu ni.




Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan

Catatan peribadi Intan ~ Nur Azlina detik 8:18 AM 0 Komentar






Buat semua saudara/saudari sesama Muslim, Selamat Berpuasa. Semoga Ramadhan ini membawa keberkatan di dunia dan akhirat, amin...

Mohon ampun dan maaf jika ada tersalah laku dan kata.


Friday, July 22, 2011

Sekadar renungan bersama....

Catatan peribadi Intan ~ Nur Azlina detik 1:48 AM 0 Komentar



Kita minta pada TUHAN SETANGKAI BUNGA SEGAR,
Diberi KAKTUS BERDURI,
Kita minta KUPU-KUPU,
Diberi ULAT BELUNCAS.

Rase SEDIH, KECEWA.

Namun kemudian kaktus itu berbunga,
INDAH sekali,
Dan ulat itu pun bertukar,
Menjadi kupu-kupu yang CANTIK.

Itulah JALAN TUHAN,INDAH PADA MASA YANG DI TETAPKAN.
DIA tidak memberi apa yg kita harapkn,
TAPI DIA BERI APA YG KITA PERLUKAN..

Kadang2 kita rasa sedih,kecewa, terluka tapi jauh di atas sana..
DIA SEDANG MENGATUR YANG TERBAIK UNTUK KITA SEMUA

Thursday, April 21, 2011

Profressional

Catatan peribadi Intan ~ Nur Azlina detik 3:41 PM 0 Komentar


tak agak-agak cakap....

attitude sendiri, macam @$#!%^&#(&%^&@&=. dasar degil kepala. dah la suka suki buat arahan. pelik la orang macam ni. memandai sendiri!!!


Wednesday, April 13, 2011

Puasa Sunat Hari Isnin dan Khamis

Catatan peribadi Intan ~ Nur Azlina detik 4:09 PM 0 Komentar


Dari Abu Hurairah r.a dia berkata:

Rasulullah SAW paling banyak berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. Lalu Baginda ditanya kenapa? Baginda menjawab : Sesungguhnya semua amal diangkat (ke langit) setiap hari Isnin dan Khamis. Maka Allah akan mengampunkan setiap Muslim atau setiap Mukmin kecuali dua orang yang sedang berbantah, maka Allah berkata : Tangguhkan keduanya." (riwayat Imam Ahmad).

Puasa tathowwu' (sunat) dibolehkan berbuka, khususnya jika ada penyebabnya seperti dijemput makan. Dari Abu Said al-Khudri r.a dia berkata: "Saya menyiapkan makanan untuk Rasulullah SAW, maka Baginda datang dengan beberapa sahabatnya. Ketika makanan dihidangkan salah seorang di antara mereka berkata: Sesungguhnya saya sedang berpuasa. Lalu Rasulullah berkata: Saudaramu telah menjemputmu dan telah bersusah payah untukmu. Kemudian Baginda bersabda: Berbukalah dan berpuasalah di hari lain sebagai gantinya jika kamu mahu". (riwayat Baihaqi).

Setiap ibadat dalam Islam ada rukunnya agar ibadat itu dapat tegak dan berjalan dengan benar.

Setiap amal ibadat, baik wajib mahupun yang sunat akan bernilai di mata Allah jika didasarkan dengan niat.


Sumber penulisan Utusan Malaysia.


P/S:

  • Dengan berpuasa akan mengajar kita menahan nafsu syahwat, makan dan sebagainya,
  • Ia jua dapat membantu mengawal kemarahan, mengawal lisan dan memelihara lidah agar tidak berkata yang buruk dan sebagainya,
  • Membantu untuk memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara yang tidak sepatutnya,
  • selain dari menahan lapar dan dahaga.
  • Jom ambil kesempatan untuk melakukan ibadat puasa sunat.



Tuesday, April 12, 2011

fuhh... boleh tahan penatnya

Catatan peribadi Intan ~ Nur Azlina detik 2:00 PM 0 Komentar



Hujung minggu yang diisi dengan pelbagai aktiviti, penat dibuatnya.

Balik dari kerja hari jumaat, malam tu terus ke KLCC. Nak tahu buat ape kat sana? Mengambil orang balik dari tengok Wonder Girl, Twin Towers @LIVE 2011 Kuala Lumpur. Sampai sana terus gi foodcourt cari makanan untuk perut ni.

Lepas tu ke Kinokuniya pula, ada kawan saya tu dapat bau kedai Kinokuniya pun dah puas hati. ahaksssss... tengok 2-3 majalah, kami turun bawah kira budget WG nak buat persembahan.

akhirnya WG keluar dan dalam kepala otak saya tengah fikir, bila lagu No Body akan keluar. Sebabnya bila mereka nyanyi lagu tu, dah kira akhir persembahan.




Saya dah penat, fikir nak balik tidur je. Ngam ngam habis je, terus sms kawan yang tengok konsert tu balik. Tak dapat la nak tunggu sampai akhir persembahan.

Memandang kawan tu kepenatan dan kelaparan, kami singgah makan dulu dekat kedai nasi beriani di Taman Equin. Dorang yang makan, aku fikir nak lelap mata dah masa tu...

Bangun seawal pagi sebab ada aktiviti dengan berbasikal dengan rakan sepejabat. checkpoint pertama di pejabat kemudian checkpoint kedua di Old Town White Coffee untuk bersarapan pagi. Saya tak suka tempat ni, cuma mengikut suara majoriti. Minum air kopi pun seteguk dua, pahit gila.




Checkpoint terakhir di Taman Botani, Putrajaya. Masa kami sampai, punya la ramai orang. Bila nak tempah basikal, dah habis diambil orang. Terpaksa menunggu dalam sejam dan apa yang kami buat, berjalan kaki keliling taman. Tepat 1 jam, terus ke tempat ambil basikal, menunggu 5-10 minit untuk orang pulangkan basikal.

Dapat je basikal, kami jelajah tempat ni. Sangat gembira bila dapat melakukan aktiviti mengeluarkan penuh sebegini. Kawasan yang nyaman, udara yang segar tapi cuaca sedikit panas sebab dah pukul 10 pagi. Sempat juga potretkan beberapa keping gambar sebagai kenangan ke sini.






Sampai rumah tengok Sarah ada lagi. Ingatkan minggu ni tak dapat jumpa dia. tengah dia tidur, mak long dia ni asyik kacau suruh bangun. lalalalalalal. Sarah hujung minggu lepas ikut abah dia gi PD, ada reunion sekolah Mahaad dengan UIA. Abah dia ni dari sekolah menengah sampai la ke UIA, kawan dia itu juga. Maklum la masuk UIA pun sama-sama.

Lepas dorang bergerak gi PD, ambil peluang tidur kejap. Sebab ape sekejap??? mak ayahh gi Jalan TAR, nak gi beli langsir. sudahnya terbabas tidur sampai maghrib. Pukul 8 lebih baru gerak gi sana.

Faham je la kalau dah lambat sampai, kedai semua dah tutup. Bengang sangat tau ngan adik sebab terhengeh-hengeh siap. Pastu siap boleh gelak akak dia ni dan cakap...


"Muncung mulut ko kak long boleh ikat reben"


Jadi operasi nak beli kain langsir tak tercapai disebabkan kelembapan adik saya itu. Jadinya jalan cuci mata kat Pasar Malam Jln TAR saja. Terbeli juga dua pasang wedge. Tapi kan malam tu tak ramai orang yang meniaga. Masa sampai pukul 9, banyak gerai nak tutup dah, orang pun tak ramai..

Penat tawaf pasar malam, kami pergi Kampung Baru untuk cari tempat pula. Adik rekomen makan kat satu kedai steak ni. Dorang cakap harga murah dan makanan pun ok. Jadinya jom la mencuba.

sangat sedih tau sampai mengantuk dibuatnya. Menunggu hampir sejam sebab punya ramai umat manusia masa tu. Mak dah stress siap ajak balik. hahahahahahahah... Yelah, dah la kain langsir tak dapat lepas tu makanan pula lambat sampai. Mau tak hangin dia. lalalalalalal... Saya? selamba je tidur kat meja tu, tak peduli orang tengok. Lagi pun tempatnya gelap benar cam makan candler light dinner yer... ahakss





Sampai rumah terus membungkang tidur Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....




bersambung lagi

Friday, April 8, 2011

Melawan Kesepian

Catatan peribadi Intan ~ Nur Azlina detik 3:09 AM




Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Semoga kepergianmu
Tak akan
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti

Tuesday, April 5, 2011

sesi luahan perasaan

Catatan peribadi Intan ~ Nur Azlina detik 11:22 PM



Alhamdulilla bila dapat meluahkan apa yang sepatutnya sampaikan tidak sedar hampir 2 jam masa berlalu.

Sekarang terpulang... apa yang sepatutnya telah disampaikan dan diluahkan walaupun tidak sepenuhnya.

Bebanan kerja makin berkurangan dan pada masa yang sama fasa kesibukan dapat dilepasi dengan baik. Walaupun ada liku-liku yang bisa membuat sukar bernafas. Sekarang adalah peluang untuk bernafas sedalam-dalamnya dan dihembuskan dengan penuh ketenangan.

Aku terus berusaha untuk melakukan yang terbaik serta mengharapkan ganjaran yang terbaik untuk diri sendiri.

Menginginkan percutian yang mendamaikan, entah bila dapat direalisasikan. Berangan pergi tempat yang indah, cantik dan mendamaikan serta dihidangkan dengan makanan yang begitu enak. Mencari ketenangan dalam kehidupan untuk menghilangkan tekanan dan keletihan dalam mengharungi kehidupan yang penuh liku.

Siapa yang tidak mahu bahagia kan? Bilakah akan menjelma atau perlu terus mencarinya tanpa jemu.

Tadi emak balik bawakan makanan kesukaan. Ada murtabak dan char kueh teow yang sedap dimakan panas-panas.




Sampai disini dulu, perlu berehat secukupnya.


Monday, April 4, 2011

Malang itu tidak berbau...

Catatan peribadi Intan ~ Nur Azlina detik 3:15 PM



Sungguh tidak bernasib baik pagi tadi.

Tertekan dibuatnya. Jadinya sampai ke pejabat pun sedikit lewat. Bila sampai terus memerah otak buat kerja. Saya penat dan letih dicampur dengan emosi yang tertanggu bila mengetahui sesuatu perkara.

I'm just a peanut sad


Bila bengang tadi berfikir nak bawa kereta tapi masih ada perasaan penakut. aduhai, bila nak nak jadi berani ni....


Sunday, April 3, 2011

Perasaan bercampur-campur.

Catatan peribadi Intan ~ Nur Azlina detik 11:59 PM



Salam buat semua,


Minggu ni perasaan bercampur-campur. Ada gembira tapi tercalik juga kesedihan.

Kesihatan ayah tidak mengizinkan, ayah mengidap kencing manis. Paras gulanya 31, sangat tinggi kan. Risau sebab ayah selalu pening dan rasa nak pitam. Yelah, kalau terjadi masa memandu atau pun tengah berniaga.. tidak ke haru. Harap ayah dengar cakap dan mahu kawal pemakanan. Ayah sangat susah nak pantang makan sampai satu tahap baru nak mula kawal makan. Lepas paras gula kembali normal, tabiat makan tidak dapat dikawal. erm.......

Mak pun sama, tidak berapa sihat. Sedikit geram dengan orang yang asyik nak ambil kesempatan di atas kebaikannya. Dah sakit macam ni, bukan orang tu ambil tahu pun. Geram sungguh.... nak minta pertolongan berpada-pada la. Kesian mak keletihan ditambah dengan masalah orang. suami dia ada kan??? jangan tambah keletihan mak saya boleh???

Saya dapat adjustment walaupun ada yang mengatakan jumlahnya sebesar peanut. Mula-mula saya tidak kisah dan pada pendapat saya kita perlu bersyukur. Tapi kalau dah dicurah minyak gas, hati pun panas. Bila difikirkan memang betul apa yang mereka katakan. Saya sedikit kecewa, ops...bukan sedikit tapi banyak. Tidak mengapa, akan berjumpa dengan bos untuk berbincang mengenainya.

Hanya doa mampu diucapkan agar kesihatan mak dan ayah bertambah baik dan sentiasa didalam kerahmatanNya.

Alhamdulilla, adik yang seorang tu sambung balik pengajian. Dah di semester akhir sebenarnya tapi dia asyik menangguhkan pengajian. Di beri ruang untuk dia berfikir dan akhirnya dia mahu penghabiskan pengajian yang tinggal 1 semester. Doakan dia berjaya habiskan dan lepas tu nak bekerja tiada larangan daripada kami kakak dan abangnya.

Adik yang bongsu baru dapat keputusan SPM. Kakak dengan abangnya pula beria-ia tengok dimana tempat dia patut sambung pengajian selepas ni. Hish budak seorang ni memang, semuanya nak kami buatkan... sekeh kepala baru tahu. Pada kami, masa sekarang perlu menyambung pengajian biar senang dikemudian hari. Insyallah.


Mengharapkan sentiasa dalam kerahmatan dan keredhaanNya. amin.



Sampai disini dahulu....



Thursday, March 31, 2011

mengapa perlu....

Catatan peribadi Intan ~ Nur Azlina detik 1:06 AM


Salam hormat buat semua...


Entah la, rasanya ini adalah terbaik.

Tidak mahu mencampur adukkan dengan catatan peribadi, luahan rasa dan emosi ini. Tidak bebas untuk menulis jika ada saja cuba mendatangkan perasaan yang kurang enak. Saya hanya seorang hamba Allah SWT yang mempunyai hati dan perasaan seperti orang lain.

Apa salahnya menghormati pandangan serta pendapat orang lain. Saya rasa ia tidak merugikan jika kita saling bertolak ansur dan menghormati.

Setiap orang mempunyai perjalanan hidup yang tersendiri... yang baik ambil dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan dalam melayari kehidupan. Mengapa perlu menunding jari dan mempertikaikan?

Saya juga manusia biasa, ada ketikanya susah menerima pandangan orang tapi hari demi hari saya cuma memperbaiki kekurangan itu. Ada ketikanya berdiam lebih baik dari berkata-kata. Ada ketikanya kita tiada niat lain selain memberikan yang terbaik tapi boleh mendatangkan ketidakpuasan dihati orang lain. Lumrah manusia, begitu la.... mudah bersalah sangka.

Sebagai manusia, saya juga sama seperti orang lain mengharapkan setiap hari dapat menjadi insan yang baik dan sentiasa didalam kerahmatanNya. Insyallah.

Jika ada kesempatan, jemput singgah di blog pertama saya intanazlina.





Sampai disini dahulu...


 

my little dairy Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device