Sunday, April 3, 2011

Perasaan bercampur-campur.

Catatan peribadi Intan ~ Nur Azlina detik 11:59 PM



Salam buat semua,


Minggu ni perasaan bercampur-campur. Ada gembira tapi tercalik juga kesedihan.

Kesihatan ayah tidak mengizinkan, ayah mengidap kencing manis. Paras gulanya 31, sangat tinggi kan. Risau sebab ayah selalu pening dan rasa nak pitam. Yelah, kalau terjadi masa memandu atau pun tengah berniaga.. tidak ke haru. Harap ayah dengar cakap dan mahu kawal pemakanan. Ayah sangat susah nak pantang makan sampai satu tahap baru nak mula kawal makan. Lepas paras gula kembali normal, tabiat makan tidak dapat dikawal. erm.......

Mak pun sama, tidak berapa sihat. Sedikit geram dengan orang yang asyik nak ambil kesempatan di atas kebaikannya. Dah sakit macam ni, bukan orang tu ambil tahu pun. Geram sungguh.... nak minta pertolongan berpada-pada la. Kesian mak keletihan ditambah dengan masalah orang. suami dia ada kan??? jangan tambah keletihan mak saya boleh???

Saya dapat adjustment walaupun ada yang mengatakan jumlahnya sebesar peanut. Mula-mula saya tidak kisah dan pada pendapat saya kita perlu bersyukur. Tapi kalau dah dicurah minyak gas, hati pun panas. Bila difikirkan memang betul apa yang mereka katakan. Saya sedikit kecewa, ops...bukan sedikit tapi banyak. Tidak mengapa, akan berjumpa dengan bos untuk berbincang mengenainya.

Hanya doa mampu diucapkan agar kesihatan mak dan ayah bertambah baik dan sentiasa didalam kerahmatanNya.

Alhamdulilla, adik yang seorang tu sambung balik pengajian. Dah di semester akhir sebenarnya tapi dia asyik menangguhkan pengajian. Di beri ruang untuk dia berfikir dan akhirnya dia mahu penghabiskan pengajian yang tinggal 1 semester. Doakan dia berjaya habiskan dan lepas tu nak bekerja tiada larangan daripada kami kakak dan abangnya.

Adik yang bongsu baru dapat keputusan SPM. Kakak dengan abangnya pula beria-ia tengok dimana tempat dia patut sambung pengajian selepas ni. Hish budak seorang ni memang, semuanya nak kami buatkan... sekeh kepala baru tahu. Pada kami, masa sekarang perlu menyambung pengajian biar senang dikemudian hari. Insyallah.


Mengharapkan sentiasa dalam kerahmatan dan keredhaanNya. amin.



Sampai disini dahulu....



 

my little dairy Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device